TANAH LOT TEPI JALAN DI JELATEK UNTUK DIJUAL
Butiran Tanah
Kawasan: TERLETAK DI ANTARA SETIAWANGSA DAN AMPANG, BERSEBELAHAN DENGAN KAMPUNG DATUK KERAMAT SEBELUM STESEN MINYAK PETRONAS
Negeri: WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Luas Tapak: 910.513 METER PERSEGI
Daerah: KUALA LUMPUR
Bandar/Mukim: MUKIM AMPANG
Kategori Tanah: BANGUNAN KEDIAMAN/SHOP LOT
Status Tanah: LEESHOLD SEHINGGA 2076
Harga: RM6,500,000.00 Juta
Cukai Tahunan: RM274.00
Luas Tapak: 910.513 METER PERSEGI
Daerah: KUALA LUMPUR
Bandar/Mukim: MUKIM AMPANG
Kategori Tanah: BANGUNAN KEDIAMAN/SHOP LOT
Status Tanah: LEESHOLD SEHINGGA 2076
Harga: RM6,500,000.00 Juta
Cukai Tahunan: RM274.00
Tanah yang sedia untuk dijual ini merupakan sebidang tanah lot tepi jalan di Jelatek yang sememangnya sentiasa menjadi 'hot spot' di Kuala Lumpur. Bagi penduduk sekitar ibu kota, kawasan Jelatek memang tidak asing lagi kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
LOKASI
Kedudukan Jelatek yang menjadi antara "Top Location" di Kuala Lumpur meletakkannya sebagai antara kawasan yang bernilai tinggi dan sering menjadi idaman golongan berkemampuan kerana lokasinya yang sangat strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukan tapak tanah ini terletak berhampiran jalan utama iaitu Jalan Jelatek yang berada di antara Setiawangsa dan Ampang serta bersebelahan dengan Kampung Datuk Keramat.
Kawasan ini menjadi Top Location kerana lokasi yang cukup strategik di tengah bandar dengan kelengkapan segala bentuk prasarana serta pelbagai kemudahan awam, keperluan hidup, keharmonian persekitaran, jaringan jalan raya yang sempurna, komuniti sosial dan hiburan serta jaminan keselamatan yang tinggi. Inilah antara faktor yang menjadikan kawasan ini benar-benar bernilai dan antara kawasan yang terbaik untuk dimiliki di bandaraya Kuala Lumpur.
TARIKAN UTAMA & KEMUDAHAN
Antara tarikan utama kawasan ini adalah lokasinya yang terletak berhampiran dengan kemudahan awam. Beberapa buah pusat membeli-belah utama yang tersohor terletak berhampiran kawasan ini termasuklah:
Ampang Point
The Amp Walk Great Eastern Mall
Dari kawasan ini, perjalanan ke pusat bangunan Suria KLCC dan Pavilion pula hanya mengambil masa beberapa minit.
Suria KLCC Pavilion`
Selain tarikan beli belah, kemudahan perubatan juga telah tersedia di mana Pusat Perubatan Gleneagles Intan juga terletak betul-betul di persimpangan Jalan Jelatek dan Jalan Ampang.
Pusat Perubatan Gleneagles Intan
Tapak tanah ini amat strategik dari segi akses pengangkutan kerana kemudahan jaringan jalanraya yang lengkap, stesen LRT dan lebuh raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar melalui Jalan Jelatek, Jalan Ampang mahupun stesen LRT Jelatek dalam hanya beberapa minit sahaja.
Laluan ini juga boleh diakses untuk ke beberapa lebuh raya utama termasuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (Akleh) dan Damansara-Ulu Kelang Elevated Highway (DUKE).
POTENSI
Dengan kedudukannya yang strategik di jalan utama Jelatek, tanah ini berpotensi untuk didirikan dengan lot banglo mewah. Pembinaan sebuah banglo mewah pastinya amat menarik dengan persekitaran bandaraya yang sangat selesa ditambah pula dengan pelbagai kemudahan prasarana.
Selain dari lot banglo mewah, bangunan rumah kedai untuk perniagaan juga boleh dibina dengan jangkaan potensi keuntungan berlipat ganda yang mampu diraih disebabkan kedudukan kawasan ini yang sering menjadi kawasan kunjungan orang ramai baik dari kalangan penduduk tempatan mahupun orang luar.
Disebabkan faktor-faktor yang amat memberangsangkan, kawasan ini dijangka akan mengalami peningkatan nilai secara mendadak. Persekitaran yang serba lengkap di bandar Kuala Lumpur akan menaikkan harga tanah di kawasan ini yang dijangka meningkat tinggi dalam masa 2-3 tahun akan datang.
CALL/SMS/WHATSSAP/LINE/EMAIL:
+60166636874
Email: 1helmyzakaria@gmail.com
Blog: http://helmiproperty.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment